Fakta Hingga Akhirat

Selasa, 29 Januari 2013

ulama dunia dan seksaannya


Yang ku maksudkan ulama dunia ialah ulama suk, iaitu orang-orang yang memperalatkan ilmu untuk mencari kenikmatan dunia sahaja, mencari kedudukan dan perhatian di kalanagannya. Rasulullah SAW bersabda : “seksa yang terpedih  pada hari kiamat ialah orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya.”

Dari baginda juga bersabda: “ilmu itu ada dua; ilmu pada mulut saja. Itulah hujah Allah terhadap makluk-Nya. Ilmu di hati. Itulah ilmu yang manafaat.”

Baginda bersabda lagi: jangan kau pelajari ilmu untuk jadi ulama, mempermainkan orang orang bodoh dan mencari perhatian orang. Siapa berbuat demikian, Nerakalah tempatnya.”

Baginda bersabda lagi: “sesungguhnya ada yang aku lebih takutkan akan menimpa selain Dajal.” Dikatakan, “apa ltu , wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, ialah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.”

Isa as berkata, “sampai bila kau berkata tengtang jalan terang? Sedangkan kau tinggal bersama-sama orang dalam kebingungan.”

Memang, orang alim kadang kadang boleh membawa dalam kebinasaan abadi. Umar ra berkata, “yang paling ku takutkan akan menimpa umat ini adalah orang alim yang munafik.” Ditanyakan, “ bagaimanakah orang alim boleh menjadi munafik?” dia menjawab, “ iaitu orang yang pandai di mulut sahaja namun bodoh dalam hati dan amalnya.”

Sufyan turki berkata : “ilmu itu seiiring dengan amalnya. Jika tidak, dia pun akan hilang.” Ibnu Mubarak berkata, “orang akan pandai selama mencari ilmu, jika dia mengira dirinya pandai, sungguh sebenarnya dia bodoh.” Al Fudhail mengatakan, “sungguh aku kesian pada tiga golongan ; pertama orang mulia menjadi hina, kedua ilah orang kaya menjadi fakir, dan ketiga ialah orang alim dipermainkan oleh dunia.” Al Hassan mengatakan, “ seksa para ulama ialah kematian hati dan seksa kematian hati adalah disebabkan mencari dunia dan amal Akhirat.”
Mereka bersyair: “sungguh aku hairan kepada orang yang menjual petunjuk dengan ditukar kesesatan. Apalagi orang yang memilih dunia dengan agama. Lebih menghairankan dari dua itu orang yang menjual agama dengan dunia orang lain.”
Rasulullah SAW bersabda : “sungguhnya orang alim yang akan diseksa di mana menjadi sandaran ahli Neraka  untuk membesarkan  kepedihan seksanya ialah orang alim yang lancang.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan