Fakta Hingga Akhirat

Selasa, 29 Januari 2013

seksaan meninggalkan solat


Dalam riwayat At-Tabrani, “ sesiapa meninggalkan solat dengan segaja, maka dia kafir nyata.” Dalam riwayat lain, “ tidak ada antara hamba dan kemusyrikan kecuali meniggalkan solat. Jika dia meninggalkan solat musyriklah dia.”

Dari Abu Naim merawikan, “ sesiapa tinggalkan solat dengan sengaja, ALLAH menuliskan namanya di pintu neraka termasuk orang yang memasukinya.”

Dari Iman Ahmad dengan sanadnya yang sahih, “ jangan kau tinggalkan solat dengan sengaja, kerna orang yang sengaja meninggalkannya terlepas dari tanggungan ALLAH dan Rasul Nya.”
Muhammad bin Nadhar berkata, “ak dengar Ishaq berkata, “ benar dari Rasulullah SAW: “ sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada uzur sehingga habis waktunya , dia orang kafir.”

Adapun Neraka Wail adalah kedasyatan azab. Juga dikatakan , ia merupakan jurang di Jahanam yang kalau dimasukkan di situ gunung dunia, tentu akan lebur dengan kepanasannya. Itulah tempat orang yang lalai dalam solat dan mengakhirkan waktunya kecuali dia bertaubat kepada ALLAH SWT dan menyesali kesalahannya.

Dari ImaM Ahmad, Abu Daud, an Nasai dan Al-Hakim meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “ amal manusia yang pertama sekali akan dihisab ialah pada hari Kiamat ialah solatnya. Kemudian Allah berkata kepada malaikat, “lihatlah solat hambaku, apakah dia menyempurnakannya atau menguranginya?” jika sempurna , ditulis sempurna. Jika ada sesuatu yang berkurang , maka ALLAH berkata , “ lihatlah apakah hambaku punya solat sunat?. Jika ada maka digunakan untuk menyempurnakan fardunya.”
Sesiapa yang memelihara solatnya, ALLAH akan memuliakannya dengan lima hal ; Akan hilangnya kesempitan kehidupan. Hilangnya seksaan dalam kubur. Diberikan buku amal dengan tangan kanannya. Melalui titian Siratul Mustaqim sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab.

 Adapun sesiapa meremehkan solatnya ALLAH akan menyeksanya dengan empat belas perkara ; lima didunia, tiga ketika mati, tiga lagi dikubur, dan tiga lainnya ketika keluar kubur.  Adapun lima didunia ialah, dihilangkan berkah umurnya, dihilangkan tanda ‘solihin’ dari mukanya, setiap amalnya tidak diberi ganjaran pahala, doanya tidak diangkat ke langit, dan tidak ada bahagian untuknya dalam doa orang yang soleh. Yang tiga ketika mati ialah, dia mati dalam keadaan yang hina, lapar , juga ia mati dalam keadaan kehausan  yang kalau diminumkan lautan didunia ini pun tidak mampu menghilangkan kehausannya. Yang tiga ketika dikubur ialah, kubur akan menghimpitnya hingga bercerai tulang tulangnya, kubur akan akan menyalakan api padanya hingga ia bergelumang dengan api siang dan malam, kuburnya itu akan dililit dengan ular jantan yang botak yang kedua matanya daripada api dan kukunya daripada besi yang panjang yang setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan, dan ular itu akan berkata kepada mayat, “aku ular gundul” suaranya bagai petir menyambar, dan “tuhan memerintahkan aku untuk menyengatmu kerana kamu mengsia-siakan solat subuh sampai terbitnya matahari, dan kamu telah mensia-siakan solat isyak hingga subuh” sekali ia menyengatnya dan mengibaskannya, kamu akan tenggelam ke dasar bumi hingga tujuh puluh hasta.. Adapun  tiga hal yang menimpanya  ketika keluar daripada kuburnya ialah beratnya hisab,  kemurkaan ALLAH, dan akan masuk neraka.

Dalam satu riwayat, “ sesungguhnya pada hari kiamat didatangkan seorang hamba yang dan tertulis  dimukanya tiga baris. Baris pertama, “ wahai yang mempersia –siakan hak Allah!” Baris kedua , “ wahai orang yang pasti mendapat murka Allah!” Baris ketiga ialah , “sebagaimana engkau telah mengsia-siakan  hak Allah di dunia, maka putus asalah kamu kini dari rahmat Allah.”

Dari ibnu Abbas ra, berkata, “ pada hari kiamat seorang lelaki didatangkan di hahadapan Allah. Lalu Allah memerintahkan dia memasuki neraka. Dia berkata , “ Ya tuhan, mengapa demikian?” Allah berkata, “ kenapa engkau telah mengakhirkan waktu solat dan sumpahmu dengan nama ku adalah palsu.
Setengah mereka mengatakan , dari rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada para sahabatnya pada suatu hari, “ katakanlah Allahumma ya Allah, jangan biarkan kami celaka atau terhalang.” Lalu Nabi SAW bersabda tuhakah kamu siapakah yang celaka dan terhalang itu?” mereka kembali bertanya, “ siapakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah lalu menjawab, “ia adalah orang yang meninggalkan solat.”

Setengah mereka berkata, “ dirawikan pula bahawa seorang perempuan dari bani Israel datng kepada Musa as. Ia berkata, “wahai Nabi Allah, aku telah melakukan dosa besar dan aku telah bertaubat kepada Allah. Maka tolong doakan kepada Allah agar mengampuni dan menerima taubatku.” Musa as bertanya “ apakah dosamu?” dia berkata, “aku telah berzina dan melahirkan anak lalu kubunuh.” Musa as berkata, “ keluarlah wahai pelacur! Jangan kau turunkan api dari langit hingga membakar kami atas lacurmu!” peremuan itu dengan hati yang sedih pun keluar. Lalu jibrail as turun kepada Musa as, ia berkata, “wahai Musa! Tuhan berkata kepadamu, mengapa engkau usir pelacur yang bertaubat?  Engkau tidak lagi bertemu dengan orang yang lebih banyak dosanya?” Musa as berkata “siapakah yang lebih banyak dosa itu?” jibrail as menjawab “ orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”

Setengah mereka berkata, “dan dirawikan pula dari Ba’du Salaf , bahawa saudara perempuannya mati dan telah dikuburkannya. Namun beg duitnya jatuh ke dalam liang lahad tanpa disedarinya hingga orang –orang telah berlalu pergi. Kemudian ia teringat  dan kembali ke kubur hendak menggalinya. Ketika menggali, Ia dapati kubur itu menyalakan api, maka ia menimbus semula dan pulang dengan hati yang sedih dan menangis. Ia berkata, “wahai ibu, kulihat dalam kubur saudaraku itu api menyala nyala.” Si ibu menangis seraya berkata, “wahai anakku, saudaramu itu memang suka mempermainkan solat dan melambat lambatkannya. Apa lagi orang yang tdak melakukan solat?”  semoga Allah selalu menolong kita untuk memelihara solat denag sempurna dan tepat pada waktunya. Sesungguhnya dia zat yang paling mulia dan pengasih lagi penyanyang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan