Fakta Hingga Akhirat

Khamis, 11 April 2013

jangan hampiri zina


Allah SWT berfirman, dalam surah Al Mukminun ayat yang kelima, ertinya: “ dan mereka yang memelihara kehormatannya.” (dari sesuatu yang haram)
Adapun yang besar , iaitu zina mahupun yang kecil itu ilah mencium menyentuh atau memandang. Sebagaimana tersebut dalm hadis Rasulullah SAW, : “ tangan, kaki, dan mata juga boleh berzina.”
Allah SWT berfirman dalam surah An Nur ayat  30, ertinya : “ katakanlah kepada orang orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka ( dari melihat perkara yang dilarang) dan menjaga kehormatan ( dari berzina) . itu lebih suci bagi mereka.”
Dirawikan dari seorang sahabat dia berkata , “ hindarkanlah akan zina, kerna di dalamnya ada enam hal. Tiga di dunia, tiga lagi di akhirat. Yang di dunia ialah berkurangnya rezeki, putus ajal dan bermuka durja. Adapun di akhirat ialah, kemurkaan Allah, hisab yang berat dan akan masuk Neraka.”
Dirawikan bahawa Nabi Musa as bertanya, “ya tuhan, apakah seksaan untuk orang yang berzina?” Allah SWT menjawab, “ ku kenakan padanya baju besi dari neraka, kalau diletakkan di gunung pasti hancur.
Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai iblis daripada seribu lelaki jalang. Dalam kitab al Mashibah, Rasulullah SAW bersabda : “ jika seseorang bezina, hilanglah imannya dan diatas kepalanya ada semacam kegelapan. Jika dia bertaubat dari perbuatan itu, imannya akan kembali kepadanya.”
Dalam kitab ‘Iqma’  tersebut, Rasulullah SAW bersabda : “ tidak ada dosa yang lebih besar disisi Allah daripada lelaki yang meletakkan maninya  pada orang tidak halal baginya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan