Fakta Hingga Akhirat

Ahad, 20 Januari 2013

PEDIHNYA AZAB JAHANAM

Iman Bukhari meriwayatkan, " kebanyakan doa Nabi SAW adalah : " ya tuhan kami, berikanlah kami kebaikan didunia dan diakhirat serta lindungilah kami dari azab Neraka.”

Ath-Tabrani, “jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri dan menyambut seraya berkata: “wahai jibrail, belum pernah aku melihat kau berubah rupa.” Jibrail berkata, “aku datang setelah Allah memerintahkan aku ,mengintip Neraka,” Nabi SAW bertanya,  “ wahai jibrail , ceritakan lah kepadaku tentang Neraka ! jibrail menjawab, “sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga menjadi merah. Dan kemudian memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga mejadi hitam pekat. Tak  kelihatan lagi cahanyanya dan tak tepadam lagi nyalanya. Demi zat yang mengutusmu sebagai nabi dengan benar, kalau jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasannya. Demi zat yang diutuskan dengan kebenaran , jika saja seorang penjaga jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang amat busuk. Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran,  kalu sepotong rantai ahli Neraka, yang telah dijelaskan Allah dalam kitabnya itu diletakan diatas gunung, tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi.” Kemudian Nabi SAW memandangi jibraiL lyang telah menangis itu lalu bertanya, “wahaoi jibrail, mengapa engkau menangis? Kau telah mempunyai kedudukkan disisi Allah”. Jibrail menjawab, : bagaimana aku tidak menangis ? jesturu aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain. Aku tidak tahu, kalau-kalau dari malaikat? Aku tidak tahu kalau-kalau aku diseksa seperti Harun dan Marut.” Kemudian Nabi SAW menangus , sampai ada suara memanggil, “ wahai jibrail dan wahai Muhammad, kamu telah diamankan. Tidak akan menderhakainya.” Jibrail kemudianya naik dan Rasulullah pun keluar. Lalu baginda  berjumpa debgan orang-orang Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Nabi SAW berkata, “ adakah engkau tertawa sedang di belakangmu ada neraka? Kalau enkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akn sedikit ketawa dan banyak menangis. Tentunya kamu tak lalu makan dan minum. Malah kamu akan keluar kemasjid dan tertiarap kepada Allah SWT.”  Kemudian ada suara memanggil, “wahai Muhammad , jangan engkau membenci hambaku. Engkau diutuskan untuk memberi khabar gembira . bukan untuk menyedi9hkan orang.” Rasulullah SAW lalu bersabda, “ luruskanlah dan mendekatkanlah !”

Diriwayatkan bahawa  Nabi SAW berkata kepada jibrail : “ aku tidak pernah melihat malikat jibrail ketawa.” Jibrail berkata : “dia tidak pernah ketawa sejak neraka diciptakan.”
Ibnu majah dan al hakim, “ sesungguhnya apimu (di dunia) ini sebahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka. Itu pun kalau tidak dicuci dengan air  dua kali takkan boleh berguna bagimu. Dan sesungguhnya api itu berdoa kepada Allah SWT agr tidak dia dikembalikan kepada neraka.”

Al-Baihaqi, “Umar ra membaca ayat: “ setiap matang (terbakar) kulit mereka, kami tukarkan dengan kulit yang lain.” (Q.S. An-Nisa’: 56)
Dia lalu berkata, “ wahai Kaab,  cuba taksirkan ayat ini ! jika kamu benar, kuterima. Jika kamu bohong, maka tidak kuterima,” Kaab berkata, “ sesungguhnya kulit manusia dibakardan ditukar dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali. Umar berkata, “ kamu benar”

Al baihagi, “ bahawa dalam menerangkan ayat tersebut, Hassan Al- Basri berkata, “ api itu memakan mereka setiap hari tujuh ribu kali. Manakala telah ,embakar mereka, dikatakan kepadanya, “kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.”

Iman Muslim, “ didatangkan seorang ahli neraka yang di dunia hidup paling nikmat. Kemudian dia dicelupkan ke neraka satu kali, lalu diatanyakan kepadanya, “ hai manusia, apakah kamu melihat kebaikan dan apakah kamu menjumpai kenikmatan?” dia berkata, “ tidak, demi Allah, wahai tuhanku.” Kemudian didatangi pula seorang ahli syurga yang di dunia yang paling papa. Dia dicelupkan kedalam syurga lalu ditanya, “wahai manusia, apakah kamu lihat kepedihan dan apakah kamu pernah menemukan kepedihan?, dia menjawab. “ tidak, demi Allah, wahai tuhanku, aku tak pernah merasakan kepedihan sama sekali.”
Ibnu Abas merawikan, “ tangis dikirimkan kepada ahli neraka. Mereka menangis hingga kehilangan air mata. Kemudian mereka menangis darah. Sehingga keadaan muka mereka  seperti jurang  yang kalu dikirim perahu ke situ aku boleh berjalan.
Abu Ya’la, “wahai sekalian manusiam menagislah ! jika kamu tidak boleh menagis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli neraka itu menangis  di neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah air matanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan