Fakta Hingga Akhirat

Khamis, 11 April 2013

jangan hampiri zina


Allah SWT berfirman, dalam surah Al Mukminun ayat yang kelima, ertinya: “ dan mereka yang memelihara kehormatannya.” (dari sesuatu yang haram)
Adapun yang besar , iaitu zina mahupun yang kecil itu ilah mencium menyentuh atau memandang. Sebagaimana tersebut dalm hadis Rasulullah SAW, : “ tangan, kaki, dan mata juga boleh berzina.”
Allah SWT berfirman dalam surah An Nur ayat  30, ertinya : “ katakanlah kepada orang orang mukmin lelaki supaya mereka merendahkan pandangan mereka ( dari melihat perkara yang dilarang) dan menjaga kehormatan ( dari berzina) . itu lebih suci bagi mereka.”
Dirawikan dari seorang sahabat dia berkata , “ hindarkanlah akan zina, kerna di dalamnya ada enam hal. Tiga di dunia, tiga lagi di akhirat. Yang di dunia ialah berkurangnya rezeki, putus ajal dan bermuka durja. Adapun di akhirat ialah, kemurkaan Allah, hisab yang berat dan akan masuk Neraka.”
Dirawikan bahawa Nabi Musa as bertanya, “ya tuhan, apakah seksaan untuk orang yang berzina?” Allah SWT menjawab, “ ku kenakan padanya baju besi dari neraka, kalau diletakkan di gunung pasti hancur.
Dirawikan bahawa perempuan nakal lebih disukai iblis daripada seribu lelaki jalang. Dalam kitab al Mashibah, Rasulullah SAW bersabda : “ jika seseorang bezina, hilanglah imannya dan diatas kepalanya ada semacam kegelapan. Jika dia bertaubat dari perbuatan itu, imannya akan kembali kepadanya.”
Dalam kitab ‘Iqma’  tersebut, Rasulullah SAW bersabda : “ tidak ada dosa yang lebih besar disisi Allah daripada lelaki yang meletakkan maninya  pada orang tidak halal baginya.”

Selasa, 29 Januari 2013

ulama dunia dan seksaannya


Yang ku maksudkan ulama dunia ialah ulama suk, iaitu orang-orang yang memperalatkan ilmu untuk mencari kenikmatan dunia sahaja, mencari kedudukan dan perhatian di kalanagannya. Rasulullah SAW bersabda : “seksa yang terpedih  pada hari kiamat ialah orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya.”

Dari baginda juga bersabda: “ilmu itu ada dua; ilmu pada mulut saja. Itulah hujah Allah terhadap makluk-Nya. Ilmu di hati. Itulah ilmu yang manafaat.”

Baginda bersabda lagi: jangan kau pelajari ilmu untuk jadi ulama, mempermainkan orang orang bodoh dan mencari perhatian orang. Siapa berbuat demikian, Nerakalah tempatnya.”

Baginda bersabda lagi: “sesungguhnya ada yang aku lebih takutkan akan menimpa selain Dajal.” Dikatakan, “apa ltu , wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, ialah pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.”

Isa as berkata, “sampai bila kau berkata tengtang jalan terang? Sedangkan kau tinggal bersama-sama orang dalam kebingungan.”

Memang, orang alim kadang kadang boleh membawa dalam kebinasaan abadi. Umar ra berkata, “yang paling ku takutkan akan menimpa umat ini adalah orang alim yang munafik.” Ditanyakan, “ bagaimanakah orang alim boleh menjadi munafik?” dia menjawab, “ iaitu orang yang pandai di mulut sahaja namun bodoh dalam hati dan amalnya.”

Sufyan turki berkata : “ilmu itu seiiring dengan amalnya. Jika tidak, dia pun akan hilang.” Ibnu Mubarak berkata, “orang akan pandai selama mencari ilmu, jika dia mengira dirinya pandai, sungguh sebenarnya dia bodoh.” Al Fudhail mengatakan, “sungguh aku kesian pada tiga golongan ; pertama orang mulia menjadi hina, kedua ilah orang kaya menjadi fakir, dan ketiga ialah orang alim dipermainkan oleh dunia.” Al Hassan mengatakan, “ seksa para ulama ialah kematian hati dan seksa kematian hati adalah disebabkan mencari dunia dan amal Akhirat.”
Mereka bersyair: “sungguh aku hairan kepada orang yang menjual petunjuk dengan ditukar kesesatan. Apalagi orang yang memilih dunia dengan agama. Lebih menghairankan dari dua itu orang yang menjual agama dengan dunia orang lain.”
Rasulullah SAW bersabda : “sungguhnya orang alim yang akan diseksa di mana menjadi sandaran ahli Neraka  untuk membesarkan  kepedihan seksanya ialah orang alim yang lancang.”

seksaan meninggalkan solat


Dalam riwayat At-Tabrani, “ sesiapa meninggalkan solat dengan segaja, maka dia kafir nyata.” Dalam riwayat lain, “ tidak ada antara hamba dan kemusyrikan kecuali meniggalkan solat. Jika dia meninggalkan solat musyriklah dia.”

Dari Abu Naim merawikan, “ sesiapa tinggalkan solat dengan sengaja, ALLAH menuliskan namanya di pintu neraka termasuk orang yang memasukinya.”

Dari Iman Ahmad dengan sanadnya yang sahih, “ jangan kau tinggalkan solat dengan sengaja, kerna orang yang sengaja meninggalkannya terlepas dari tanggungan ALLAH dan Rasul Nya.”
Muhammad bin Nadhar berkata, “ak dengar Ishaq berkata, “ benar dari Rasulullah SAW: “ sesungguhnya orang yang meninggalkan solat dengan sengaja tanpa ada uzur sehingga habis waktunya , dia orang kafir.”

Adapun Neraka Wail adalah kedasyatan azab. Juga dikatakan , ia merupakan jurang di Jahanam yang kalau dimasukkan di situ gunung dunia, tentu akan lebur dengan kepanasannya. Itulah tempat orang yang lalai dalam solat dan mengakhirkan waktunya kecuali dia bertaubat kepada ALLAH SWT dan menyesali kesalahannya.

Dari ImaM Ahmad, Abu Daud, an Nasai dan Al-Hakim meriwayatkan Nabi SAW bersabda: “ amal manusia yang pertama sekali akan dihisab ialah pada hari Kiamat ialah solatnya. Kemudian Allah berkata kepada malaikat, “lihatlah solat hambaku, apakah dia menyempurnakannya atau menguranginya?” jika sempurna , ditulis sempurna. Jika ada sesuatu yang berkurang , maka ALLAH berkata , “ lihatlah apakah hambaku punya solat sunat?. Jika ada maka digunakan untuk menyempurnakan fardunya.”
Sesiapa yang memelihara solatnya, ALLAH akan memuliakannya dengan lima hal ; Akan hilangnya kesempitan kehidupan. Hilangnya seksaan dalam kubur. Diberikan buku amal dengan tangan kanannya. Melalui titian Siratul Mustaqim sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab.

 Adapun sesiapa meremehkan solatnya ALLAH akan menyeksanya dengan empat belas perkara ; lima didunia, tiga ketika mati, tiga lagi dikubur, dan tiga lainnya ketika keluar kubur.  Adapun lima didunia ialah, dihilangkan berkah umurnya, dihilangkan tanda ‘solihin’ dari mukanya, setiap amalnya tidak diberi ganjaran pahala, doanya tidak diangkat ke langit, dan tidak ada bahagian untuknya dalam doa orang yang soleh. Yang tiga ketika mati ialah, dia mati dalam keadaan yang hina, lapar , juga ia mati dalam keadaan kehausan  yang kalau diminumkan lautan didunia ini pun tidak mampu menghilangkan kehausannya. Yang tiga ketika dikubur ialah, kubur akan menghimpitnya hingga bercerai tulang tulangnya, kubur akan akan menyalakan api padanya hingga ia bergelumang dengan api siang dan malam, kuburnya itu akan dililit dengan ular jantan yang botak yang kedua matanya daripada api dan kukunya daripada besi yang panjang yang setiap kukunya sepanjang sehari perjalanan, dan ular itu akan berkata kepada mayat, “aku ular gundul” suaranya bagai petir menyambar, dan “tuhan memerintahkan aku untuk menyengatmu kerana kamu mengsia-siakan solat subuh sampai terbitnya matahari, dan kamu telah mensia-siakan solat isyak hingga subuh” sekali ia menyengatnya dan mengibaskannya, kamu akan tenggelam ke dasar bumi hingga tujuh puluh hasta.. Adapun  tiga hal yang menimpanya  ketika keluar daripada kuburnya ialah beratnya hisab,  kemurkaan ALLAH, dan akan masuk neraka.

Dalam satu riwayat, “ sesungguhnya pada hari kiamat didatangkan seorang hamba yang dan tertulis  dimukanya tiga baris. Baris pertama, “ wahai yang mempersia –siakan hak Allah!” Baris kedua , “ wahai orang yang pasti mendapat murka Allah!” Baris ketiga ialah , “sebagaimana engkau telah mengsia-siakan  hak Allah di dunia, maka putus asalah kamu kini dari rahmat Allah.”

Dari ibnu Abbas ra, berkata, “ pada hari kiamat seorang lelaki didatangkan di hahadapan Allah. Lalu Allah memerintahkan dia memasuki neraka. Dia berkata , “ Ya tuhan, mengapa demikian?” Allah berkata, “ kenapa engkau telah mengakhirkan waktu solat dan sumpahmu dengan nama ku adalah palsu.
Setengah mereka mengatakan , dari rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada para sahabatnya pada suatu hari, “ katakanlah Allahumma ya Allah, jangan biarkan kami celaka atau terhalang.” Lalu Nabi SAW bersabda tuhakah kamu siapakah yang celaka dan terhalang itu?” mereka kembali bertanya, “ siapakah mereka wahai Rasulullah?” Rasulullah lalu menjawab, “ia adalah orang yang meninggalkan solat.”

Setengah mereka berkata, “ dirawikan pula bahawa seorang perempuan dari bani Israel datng kepada Musa as. Ia berkata, “wahai Nabi Allah, aku telah melakukan dosa besar dan aku telah bertaubat kepada Allah. Maka tolong doakan kepada Allah agar mengampuni dan menerima taubatku.” Musa as bertanya “ apakah dosamu?” dia berkata, “aku telah berzina dan melahirkan anak lalu kubunuh.” Musa as berkata, “ keluarlah wahai pelacur! Jangan kau turunkan api dari langit hingga membakar kami atas lacurmu!” peremuan itu dengan hati yang sedih pun keluar. Lalu jibrail as turun kepada Musa as, ia berkata, “wahai Musa! Tuhan berkata kepadamu, mengapa engkau usir pelacur yang bertaubat?  Engkau tidak lagi bertemu dengan orang yang lebih banyak dosanya?” Musa as berkata “siapakah yang lebih banyak dosa itu?” jibrail as menjawab “ orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”

Setengah mereka berkata, “dan dirawikan pula dari Ba’du Salaf , bahawa saudara perempuannya mati dan telah dikuburkannya. Namun beg duitnya jatuh ke dalam liang lahad tanpa disedarinya hingga orang –orang telah berlalu pergi. Kemudian ia teringat  dan kembali ke kubur hendak menggalinya. Ketika menggali, Ia dapati kubur itu menyalakan api, maka ia menimbus semula dan pulang dengan hati yang sedih dan menangis. Ia berkata, “wahai ibu, kulihat dalam kubur saudaraku itu api menyala nyala.” Si ibu menangis seraya berkata, “wahai anakku, saudaramu itu memang suka mempermainkan solat dan melambat lambatkannya. Apa lagi orang yang tdak melakukan solat?”  semoga Allah selalu menolong kita untuk memelihara solat denag sempurna dan tepat pada waktunya. Sesungguhnya dia zat yang paling mulia dan pengasih lagi penyanyang.

Ahad, 27 Januari 2013

mimpi rasulullah



Bukhari merawikan dari Samurah bin Jundud ra, dia berkata, “ Rasulullah SAW sering bertanya kepada para sahabatnya, “ apakah salah seorang kamu bermimpi ?” lalu salah seorang menceritakan mimpinya dan Rasulullah menakwilkannya.

Sesungguhnya pada suatu pagi baginda bercerita kepada kami, “ semalam ada dua orang datang kepadaku, menbangunkanku dan berkata kepadaku, “ berangkatlah.” Lalu aku berangaktlah bersamanya hingga kami terlihat seorang lelaki berbaring dan yang lain berdiri membawa batu dan membalingkannya kepada kepala yang berbaring dan menimpa kepalanya dan menggelinding lalu diambilnya dan kembali kepadannya hingga kepalanya sembuh seperti sediakala dan kemudiannya melakukannya kembali seperti tadi berulang kali.” Nabi Muhammad SAW  berkata, “aku Tanya kepada mereka berdua, “ maha suci ALLAH, apa ini?” mereka berkata, “berjalanlah!” lalu kami berjalan mendatangi seorang yang terlentang dan yang lain berdiri digantung dengan gantungan besi pada salah satu bibirnya hingga sudut mulutnya robek   sampai ke tengkuknya pula, juga lehernya sampai terkoyak dan kedua matanya sampai tengkuknya pula. Lalu pindah pada orang sebelah dan diperlakukan seperti orang yang disebelah tadi. Dan belum selesai yang sebelah dan sebelum sembuh sebelah yang lain. Demikian berulang seperti tadi.” Nabi SAW berkata, “ maha suci ALLAH, apakah ini?. Mereka berkata “berjalanlah! ”lalu kami berjalan  dan mendatangi serupa dapur. Kukira dia boleh berkata. Ternyata didalamnya ada suara dan hirup pirok,” Nabi SAW berkata, “ perlihatkan aku padanya.” Ternyata disitu ada banyak lelaki dan perempuan terlanjang. Kemudiaan mereka dibakar api dibawah mereka dan api itu mendatangi mereka dengan suara yang dasyat. Aku Tanya, “ siapa, mereka itu?” mereka menjawab “berjalanlah!”  lalu kami berjalan ke sungai merah seperti darah, dan di tengah sungai itu ada seorang lelaki yang sedang berenang, dan ditengah sungai  lelaki itu yang telah yang telah dikelilingi batu yang terlalu banyak menghalanginya, lalu ia berenang hingga kembali kepadanya.jika kembali kepadanya , maka dibuka tengkuknya dan dimasukkan batu lagi. Aku bertanya “siapa itu?” mereka berkata “jalanlah!” lalu kami berjalan hingga  mendatangi seorang lelaki yang sangat buruk rupanya. Ia dibakar oleh api yang terus menjalar di sekitarnya. Aku bertanya “ siapakah itu?”. Mereka berkata “berjalanlah!”  lalu kami berjalan sehingga datang di sebuah taman yang rendang oleh  pepohonnya yang tinggi. Di sisi taman itu kelihat lelaki tinggi yang hampir tidak kulihat kepalanya di langit dan lelaki itu dikerumuni oleh anak anak. Aku bertanya “ siapakah dia?” mereka berkata “ bejalanlah!” lalu kami berjalan lagi hingga kami sampai ke sebatang pohon yang tidak pernah ku lihat pohon sebesar dan secantik ini. Mereka berkata “berjalanlah!”. Maka ak berjalan dan naik ke sebuah bangunan yang terdiri daripada bata emas dan perak. Kuhamnpiri pintunya dan kuminta dibukakan hingga terbuka untukku, lalu aku masuk ke situ. Aku diasambut oleh beberapa lelaki. Yang sebaris amat cantik rupanya dan sebaris lagi amat buruk rupanya. Dua orang itu berkata kepada mereka, “pergilah dan mandilah di sungai itu.” Sungai itu mengalir, amat jernih dan putih airnya. Mereka mandi dan kembali  kepada kami dan mereka burubah amat cantik rupanya. Dua orang itu berkata kepadaku, “ inilah syurga And dan itulah tempatmu.” Maka mataku memandang keatas dan kulihat mahligai dari mega putih. Mereka berkata kepadaku, “inilah tempatmu.” Aku berkata kepada mereka, “semoga ALLAH memberkati akan kalian.” Mereka lalu meninggalkanku. Aku  hendak masuk padanya. Namun mereka berkata, “ masa sekarang, engkau jangan masuk.”
Aku berkata, “ aku telah melihatnya terhairan- hairan sejak semalam. Maka apa yang aku lihat ini?” mereka berkata kepadaku , “ kami akan ceritakan kepaddamu. Adapun lelalki yang kau hampiri menjunjung batu di kepalanya, maka lelaki itu telah mengambil Al Quran lalu meninggalkannya. Dan ia meninggalkan solat wajb. Adapu lelaki engaku lihat koyak sudut mulutnya hingga ke kuduknya itu,kedua matanya jugak sampai ke kuduknya  dan lehernya robek sampai keduknya itu, maka itu lelaki yang dari pagi hingga ke petang bercakap dusta. Sedang lelaki dan wanita di dalam bangunan seperti dapur , meraka adalah para pelacur. Dan lelaki yang berenang  di sungai darah dan delempari batu , ia pemakan riba. Adapun lelaki yang buruk rupanya dan disengat api yang menjalar disekitarnya , ia adalah malaikat Malik yang menjaga Neraka. Sedangkan lelaki di taman yang amat tinggi itu Ibrahim as. Anak anak yang mengerumuninya adalah setiap anak yang mati dalam keadaan fitrah (suci).”
Setengah kaum muslimin berkata , “ ya Rasulullah, apakah juga anak anak orang Musyrik?”  Rasulullah menjawab, “ ya, ia juga tergolong daripada anak anak orang musyrik.” Adapun kaum yang sebaris cantik dan sebaris buruk rupanya  , mereka itu orang orang yang beramal baik dan buruk , namu kemudian Allah SWT mengampuninya.”

Rabu, 23 Januari 2013

fadhilat solat jemaah


Pahala yang diperolehi melalui solat Jemaah melebihi pahala solat bersendirian, rasulullah s.a.w bersada : “solat Jemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan kelebihan 27 darjat.” Selain mendapat ganjaran pahala yang banayak, solat Jemaah menjamin pelepasan  daripadaada sifat nifaq (munafiq) dan seksaan neraka.
Rasulullah s.a.w bersabda:  sesiapa yang mendirikan solat lima waktu selama 40 hari secara berjemaah yang tidak terlepas pada semua solat itu satupun daripadanya takbiratul ihram bersama imam, maka Allah tetapkan ( tentukan)  kepadanya  dua pelepasan iaitu kelepasan daripada sifat munafiq dan kelepasan daripada seksaan neraka. (Hadis Riwayat Tirmizi)

Ahad, 20 Januari 2013

PEDIHNYA AZAB JAHANAM

Iman Bukhari meriwayatkan, " kebanyakan doa Nabi SAW adalah : " ya tuhan kami, berikanlah kami kebaikan didunia dan diakhirat serta lindungilah kami dari azab Neraka.”

Ath-Tabrani, “jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yang tidak biasanya dia datang. Kemudian Nabi SAW berdiri dan menyambut seraya berkata: “wahai jibrail, belum pernah aku melihat kau berubah rupa.” Jibrail berkata, “aku datang setelah Allah memerintahkan aku ,mengintip Neraka,” Nabi SAW bertanya,  “ wahai jibrail , ceritakan lah kepadaku tentang Neraka ! jibrail menjawab, “sesungguhnya Allah SWT memerintahkan jahanam menyalakannya seribu tahun hingga menjadi putih. Lalu memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga menjadi merah. Dan kemudian memerintahkan menyalakanya seribu tahun lagi hingga mejadi hitam pekat. Tak  kelihatan lagi cahanyanya dan tak tepadam lagi nyalanya. Demi zat yang mengutusmu sebagai nabi dengan benar, kalau jahanam itu dibuka sebesar lubang jarum, matilah seluruh penghuni bumi kerana kepanasannya. Demi zat yang diutuskan dengan kebenaran , jika saja seorang penjaga jahanam menjelma ke dunia, tentulah seluruh penghuninya akan mati kerana ngeri melihat rupanya yang amat buruk serta baunya yang amat busuk. Demi zat yang mengutusmu dengan kebenaran,  kalu sepotong rantai ahli Neraka, yang telah dijelaskan Allah dalam kitabnya itu diletakan diatas gunung, tentu akan lebur dan meleleh ke dasar bumi.” Kemudian Nabi SAW memandangi jibraiL lyang telah menangis itu lalu bertanya, “wahaoi jibrail, mengapa engkau menangis? Kau telah mempunyai kedudukkan disisi Allah”. Jibrail menjawab, : bagaimana aku tidak menangis ? jesturu aku lebih berhak menangis. Siapa tahu dalam ilmu Allah keadaanku menjadi lain. Aku tidak tahu, kalau-kalau dari malaikat? Aku tidak tahu kalau-kalau aku diseksa seperti Harun dan Marut.” Kemudian Nabi SAW menangus , sampai ada suara memanggil, “ wahai jibrail dan wahai Muhammad, kamu telah diamankan. Tidak akan menderhakainya.” Jibrail kemudianya naik dan Rasulullah pun keluar. Lalu baginda  berjumpa debgan orang-orang Ansar yang tertawa riang dan bermain-main. Nabi SAW berkata, “ adakah engkau tertawa sedang di belakangmu ada neraka? Kalau enkau tahu apa yang aku tahu, tentu engkau akn sedikit ketawa dan banyak menangis. Tentunya kamu tak lalu makan dan minum. Malah kamu akan keluar kemasjid dan tertiarap kepada Allah SWT.”  Kemudian ada suara memanggil, “wahai Muhammad , jangan engkau membenci hambaku. Engkau diutuskan untuk memberi khabar gembira . bukan untuk menyedi9hkan orang.” Rasulullah SAW lalu bersabda, “ luruskanlah dan mendekatkanlah !”

Diriwayatkan bahawa  Nabi SAW berkata kepada jibrail : “ aku tidak pernah melihat malikat jibrail ketawa.” Jibrail berkata : “dia tidak pernah ketawa sejak neraka diciptakan.”
Ibnu majah dan al hakim, “ sesungguhnya apimu (di dunia) ini sebahagian daripada tujuh puluh bahagian api neraka. Itu pun kalau tidak dicuci dengan air  dua kali takkan boleh berguna bagimu. Dan sesungguhnya api itu berdoa kepada Allah SWT agr tidak dia dikembalikan kepada neraka.”

Al-Baihaqi, “Umar ra membaca ayat: “ setiap matang (terbakar) kulit mereka, kami tukarkan dengan kulit yang lain.” (Q.S. An-Nisa’: 56)
Dia lalu berkata, “ wahai Kaab,  cuba taksirkan ayat ini ! jika kamu benar, kuterima. Jika kamu bohong, maka tidak kuterima,” Kaab berkata, “ sesungguhnya kulit manusia dibakardan ditukar dalam sesaat atau dalam sehari ribuan kali. Umar berkata, “ kamu benar”

Al baihagi, “ bahawa dalam menerangkan ayat tersebut, Hassan Al- Basri berkata, “ api itu memakan mereka setiap hari tujuh ribu kali. Manakala telah ,embakar mereka, dikatakan kepadanya, “kembalilah.” Lalu kembali seperti sediakala.”

Iman Muslim, “ didatangkan seorang ahli neraka yang di dunia hidup paling nikmat. Kemudian dia dicelupkan ke neraka satu kali, lalu diatanyakan kepadanya, “ hai manusia, apakah kamu melihat kebaikan dan apakah kamu menjumpai kenikmatan?” dia berkata, “ tidak, demi Allah, wahai tuhanku.” Kemudian didatangi pula seorang ahli syurga yang di dunia yang paling papa. Dia dicelupkan kedalam syurga lalu ditanya, “wahai manusia, apakah kamu lihat kepedihan dan apakah kamu pernah menemukan kepedihan?, dia menjawab. “ tidak, demi Allah, wahai tuhanku, aku tak pernah merasakan kepedihan sama sekali.”
Ibnu Abas merawikan, “ tangis dikirimkan kepada ahli neraka. Mereka menangis hingga kehilangan air mata. Kemudian mereka menangis darah. Sehingga keadaan muka mereka  seperti jurang  yang kalu dikirim perahu ke situ aku boleh berjalan.
Abu Ya’la, “wahai sekalian manusiam menagislah ! jika kamu tidak boleh menagis, maka buat-buatlah menangis. Sesungguhnya ahli neraka itu menangis  di neraka sampai air mata mereka meleleh ke pipinya bagai anak sungai. Setelah air matanya habis lalu mengalirlah darah sehingga melukai mata.”